Tuesday, August 3, 2010

first time buat coklat

24 julai lepas aku excited sangat nak buat coklat. so, aku pun gi kuantan, cari bahan2 utk buat coklat. seronok betul beli barang. nak buat coklat, entah jadi entah tidak. so, esoknya ahad, aku pun mula buat sikit...tak sangka, menjadi...Alhamdulillah. ni la hasilnya...

Wednesday, July 7, 2010

buku terokai rahsia coklat

ari ni aku gumbira sgt2...web buku coklat dah upload sepenuhnya...dgn gambar sekali. aku edit sikit sebab ada beberapa perkara penting yang patut aku ubah...sila lah lawati rahsiacoklat.com yer...

Monday, July 5, 2010

affiliate programme

ni lagi satu peluang biz...juga idea dari saudara irfan khairi...dia kata, jika kita tiada modal nak biz...sebenarnya kita masih berpeluang buat duit...bukan duit buat duit...tapi kita menjual barang utk dpt duit...sy daftar dgn menjadi rakan niaga (affiliate) dgn amazon.com. cuba2 dulu...harap usaha saya mendatangkan hasil...amazon.com ni asalnya kedai jual buku jer...tapi now dah jual mcm2...komputer, alatan elektronik, pakaian, kasut, aksesori dan alat pertukangan serta banyak lagilah...sila la melawat ke amazon.com yer...mn tau ada barangan yg anda berkenan...kan?

JUMPA IRFAN KHAIRI LAGI...

pagi tadi terima email...dari jutawan internet malaysia, saudara irfan khairi. dia plan nak buat talk pasal biz tanpa modal...tajaan stormreader...sy terus daftar nama bersama dgn walid...free punya talk, dekat Vistana, Kuantan. dulu, 6 mac 2010 dah jumpa dah IK ni tapi ms tu gi belajar buat web page...berbayar...rm800 lbh. agak mahal tp sangat berbaloi...hasil dr belajar tu, sy dah launch web coklat yg sekarang ni sentiasa ada permintaan walaupun bukan setiap hari...web saya tak canggihpun...satu gambar pun tak de. yg penting customer percaya dan saya sgt menghargai kepercayaan customer. kalau customer tak percaya takkan they all bank in duit tanpa mengenali tuan punya web...saya ikhlas berniaga...nak asah bakat...harapnya talk 10 julai nanti memberi input baru untuk saya berniaga online...insyaALLAH...

WEB COKLAT

salam sejahtera kpd semua peminat coklat,

2 julai yg lalu sy ke pej pos rompin dgn tujuan mengepos sebuah buku coklat ke shah alam, selangor...bila nk byr kos pos, sy begitu terkejut bila kerani memberitahu kosnya ialah rm7:( ha? rm7? mcmn nk bisnes mcm ni...baru bermula dah rugi...apa taknya...untung tak seberapa, kena tanggung kos pos tinggi pulak. apa patut sy buat? fikir punya fikir...sy patut ubah/update semula web coklat sb jumlah buku byk lg...takkan nk terus-terusan berniaga rugi...so, ari ni sy siap update...tambah nota sikit-sikit...juga dgn sedikit penambahan dlm kos pos. harap semua peminat coklat tak marah. pos malaysia pun satu...rasanya baru lg buat kenaikan...ni naik lg...bermula 1 julai lepas. sakit ati betul...

Friday, March 26, 2010

nak cuba resepi coklat

acctually saya ni tak berapa pandai wat kue. tapi untuk makan sendiri insyAllah la, kan?
daripada kita dok jual jer buku resepi kat orang, ada baiknya cuba sendiri plak. beli yang orang buat mahal. 8 biji RM5. pas tu cenonet....jer....mana tau boleh bisnes jual coklat pulak....

khasiat coklat

bagi anda yang nak tau, coklat ni ada beb khasiat:

1. makanan lengkap dan seimbang

2. benteng kerosakan gigi

3. bukan penyebab gemuk

4. baik untuk jantung

5. mengawal tekanan darah

6. mengawal kencing manis

7. halang jerawat dan parut

8. mengawal kerosakan sel dan tisu badan

9. baik untuk kulit

jual buku buat coklat


kepada anda yang minat buat coklat, nantikan kemunculan web saya, http://www.rahsiacoklat.com/

Tuesday, March 23, 2010

web dah siap bina-launch april

malam tadi dah siap bina web coklat. tiada aral akan launch 5 april 2010.

RAKAN SATU KURSUS

Norizan bt. Ismail dan Amer Hamzah Ahmad (Chef Amer) adalah rakan satu kursus semasa di UPM pada 1988-1991. Selama 3 tahun di UPM, selalu sangat menghasilkan kerja kursus dalam satu kumpulan. Pernah juga menjadi pembantu dapur Chef Amer semasa membuka gerai makan di Bukit Ekspo pada Majlis Konvokesyen UPM. Sekarang Bukit Ekspo tidak lagi menjadi tempat pelajar-pelajar mengasah bakat berniaga gerai. Selepas hampir 20 tahun tidak berjumpa, tiba-tiba berjumpa semula di suatu Majlis Ilmu di Johor Bharu pada 13 dan 14 Mac 2010 yang lalu. Disebabkan Norizan ni hobinya berniaga, ringan sahaja mulut menawarkan diri untuk turut mempromosikan buku Chef Amer, TEROKAI RAHSIA COKLAT. Ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, maka bermulalah kerja-kerja membina laman web http://www.rahsiacoklat.com ini. Pekerjaan semasa Norizan adalah seorang GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ROMPIN, KUALA ROMPIN, PAHANG (Pengkhususan Biologi). Baru memulakan perniagaan internet secara sambilan selepas menghadiri WORKSHOP JUTAWAN INTERNET dengan JUTAWAN INTERNET MALAYSIA, IRFAN KHAIRI pada 6 Mac 2010 yang lalu di Hotel Vistana,KL. Norizan boleh dihubungi dengan emel iaitu di norisbatik@gmail.com. Selain menjual buku ini, Norizan juga mempunyai satu lagi laman web yang mengkhusus kepada jualan BATIK, TUDUNG DAN BROOCH. sila klik http://www.norisbatik/shop/

Monday, March 22, 2010

Nak business kena ada ilmu

assalamualaikum dan salam sejahtera,

tahun 2010 merupakan tahun menimba ilmu bagi noris. maklum saja, lepas habis m. sc kat uum tahun 2006 rasa macam hidup kosong. keje, balik, tido then esok keje balik. gitu ler dah dekat 5 tahun. sia-sia jer....

mula 27 feb dan 13-14 mac lepas, masuk kelas potensi diri Dr Azizan Osman kat kuantan dan JB then 6 mac pulak masuk kelas Irfan Khairi kat KL. walaupun kena keluarkan sedikit pelaburan, rasa macam best sangat....

now on sedang praktikkan ilmu-ilmu daripada kedua-dua mentor berkenaan. web batik dan mula jual batik (http://www.norisbatik/shop/). web coklat in progress (http://www.rahsiacoklat.com).

kalau dah memang minat niaga, apa-apa cabaran pun sanggup dihadapi. pernah gagal berulang-kali tapi tak pernah serik. malah semangat lagi membara!