Tuesday, March 23, 2010

RAKAN SATU KURSUS

Norizan bt. Ismail dan Amer Hamzah Ahmad (Chef Amer) adalah rakan satu kursus semasa di UPM pada 1988-1991. Selama 3 tahun di UPM, selalu sangat menghasilkan kerja kursus dalam satu kumpulan. Pernah juga menjadi pembantu dapur Chef Amer semasa membuka gerai makan di Bukit Ekspo pada Majlis Konvokesyen UPM. Sekarang Bukit Ekspo tidak lagi menjadi tempat pelajar-pelajar mengasah bakat berniaga gerai. Selepas hampir 20 tahun tidak berjumpa, tiba-tiba berjumpa semula di suatu Majlis Ilmu di Johor Bharu pada 13 dan 14 Mac 2010 yang lalu. Disebabkan Norizan ni hobinya berniaga, ringan sahaja mulut menawarkan diri untuk turut mempromosikan buku Chef Amer, TEROKAI RAHSIA COKLAT. Ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, maka bermulalah kerja-kerja membina laman web http://www.rahsiacoklat.com ini. Pekerjaan semasa Norizan adalah seorang GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ROMPIN, KUALA ROMPIN, PAHANG (Pengkhususan Biologi). Baru memulakan perniagaan internet secara sambilan selepas menghadiri WORKSHOP JUTAWAN INTERNET dengan JUTAWAN INTERNET MALAYSIA, IRFAN KHAIRI pada 6 Mac 2010 yang lalu di Hotel Vistana,KL. Norizan boleh dihubungi dengan emel iaitu di norisbatik@gmail.com. Selain menjual buku ini, Norizan juga mempunyai satu lagi laman web yang mengkhusus kepada jualan BATIK, TUDUNG DAN BROOCH. sila klik http://www.norisbatik/shop/

No comments:

Post a Comment