Tuesday, January 4, 2011

balik kg-buat coklat


lusa, 6 jan, kami sekeluarga plan balik kg-besut, 3 hari jer.. nak meraikan inspektor shahrizal kawen..best jugak, leh makan gulai kawah. kat rompin ni payah sangat-sangat nak makan gulai yg ikut selera tekak aku..asyik-asyik opor, asyik-asyik opor, xsedapnyer! kat kg, yg best sekali dapat makan nasi belauk keropeh ayam kak lah kat kg lahar dekat kg raja..jumaat dapat. sabtu dapat. ahad pun dapat..bestnyer..bestnyer..bestnyer..balik kg nanti, kena bawa balik 2 ekor anak kucing kesayangan aku-sitam & abe. nak ditinggalkan kesian pulak, kecik sangat lg..nanti xdapat makan pulak. x pasal-pasal mati nanti..



jumaat atau sabtu tu pulak, aku plan nak buat coklat sikit. dgn bantuan kakak mawaddah. stok coklat lama ada banyak lagi..cuma bahan sampingan yang ada sikit jer..tu no problem, leh beli kat jerteh. bagus jugak jerteh ni..walaupun bandar xla besar sgt, tapi semua ada..yang paling aku suka harganya pun murah. yg kurang best, tauke kedai coklat-cina. nak cari kaum melayu payah sikit la. sb apa, buka kedai coklat ni mungkin memerlukan modal yang agak besar..xpe la siapa pun yang jual. aku pilih bahan yang halal jer..kalau ada bahan WHEY..memang confirm XHALAL.

masa free tadi tengok majalah SAJI, keluaran Januari 2011. ada berita 9 chef terkenal di Malaysia, termasuk juga chef amer-chef yang tulis buku TEROKAI RAHSIA COKLAT yang aku sedang jual dan laris macam goreng pisang panas. kat dalam majalah tu ada 5 resepi coklat yang terbaru tapi hampir semuanya guna coklat couverture..agak sukar nak buat kecuali orang yang pro macam chef amer. aku sekarang sedang tunggu ketibaan stok baru buku coklat tu..web rahsiacoklat.com berbayar aku tu pun dah nak kena bayar lagi 1 tahun. kira masuk tahun ke 2 la..biz yang agak baik walaupun web nya xlah canggih. maklum saja, baru belajar buat pertengahan tahun 2010 yang lalu. aku xsuka bina blog untuk jual buku, sb JUTAWAN INTERNET  (IRFAN KHAIRI), kata..blog ni biasanya untuk cuba biz jer..maksudnya bagi pengusaha-pengusaha yang berbiz sambilan sahaja. bagi aku, walaupun pernah gagal dalam berbagai biz termasuk MLM dll, aku xpernah patah semangat.


berbalik pasal biz, sekarang aku sedang mengorak langkah dalam bidang hartanah. kata orang, bidang ni untung besar kalau dibuat dgn cara yang betul. sebagai contoh, ada sebuah rumah yang aku beli beberapa tahun lepas (2003/2004) dgn harga rm79 ribu, sekarang nilainya dah naik kepada rm160 ribu. berbaloi apa? sambil-sambil tu aku kena cari ilmu tentang biz ni..mentornya aku dah dapat, nama DSR. harga kursus yang dikendalikan beliau agak mahal. mencecah 1 ribu jugak. sama macam kursus buat web yang dikendalikan IRFAN KHAIRI jugak..dekat 1 ribu. tapi, aku SANGAT YAKIN, hanya dengan ilmu sahaja kita dapat mendalami apa sahaja bidang yang kita nak ceburi, terutama bidang perniagaan. macam sekarang, dgn modal kursus 1 ribu tahun lepas, biz buku coklat laris sangat, sampai buku pun dah habis stok! apa sahaja biz, aku ingat pesanan DR AZIZAN OSMAN bagitau masa kursus tahun lepas..kita mesti ada ILMU, MENTOR & SISTEM. dgn adanya 3 perkara ni, apa sahaja biz yang kita buat akan berjaya...INSYA-ALLAH.

No comments:

Post a Comment